Ahli Alumni
Ahli Alumni
Pendaftaran Alumni
Menerut Fasal 5 dan 6, Perlembagaan Alumni SMK GUAR PERAHU INDAH
5.1 Ahli Berstatus Pelajar
5.1.1 Mana-mana pelajar yang pernah menuntut di Sekolah Menengah Kebangsaan
Guar Perahu Indah layak untuk mendaftar sebagai ahli.
5.1.2 Setiap ahli berstatus pelajar layak untuk mengundi dan diundi dalam setiap
Mesyuarat Agung yang diadakan.
5.2 Ahli Berstatus Khas (guru dan kakitangan )
5.2.1 Mana-mana guru atau kakitangan yang pernah berkhidmat di Sekolah Menengah
Kebangsaan Guar Perahu Indah layak untuk mendaftar sebagai
5.2.2 Setiap ahli berstatus Khas diberi pengecualian daripada membayar
sebarang yuran yang ditetapkan oleh Alumni Sekolah Menengah Kebangsaan Guar
Perahu Indah
5.3 Prosedur Permohonan dan Penerimaan Keahlian Alumni Sekolah Menengah
Kebangsaan Guar Perahu Indah
5.3.1 Mereka yang ingin memohon keahlian Alumni Sekolah Menengah Kebangsaan
Guar Perahu Indah perlu mengisi borang yang diterbitkan oleh Alumni Sekolah
Menengah Kebangsaan Guar Perahu Indah dan dihantar kepada Setiausaha Alumni
Sekolah Menengah Kebangsaan Guar Perahu Indah untuk diluluskan.
5.3.2 Pendaftaran juga boleh dilakukan secara online melalui laman blog Alumni
Sekolah Menengah Kebangsaan Guar Perahu Indah iaitu http://alumnigpi.blogspot.my/
5.3.3 Pemohon yang diluluskan permohonannya hendaklah membayar yuran
pendaftaran serta yuran tahun pertama seperti yang telah ditetapkan dalam Fasal
5.3.4 Pemohon yang diterima permohonannya juga dikehendaki mematuhi segala
perkara yang termaktub dalam perlembagaan Alumni Sekolah Menengah Kebangsaan
Guar Perahu Indah.
FASAL 6: TANGGUNGJAWAB DAN HAK-HAK AHLI
6.1 Setiap ahli Alumni Sekolah Menengah Kebangsaan Guar Perahu Indah mempunyai
tanggungjawab
seperti berikut:
6.1.1 Memegang teguh dan mentaati perlembagaan Alumni Sekolah Menengah
Kebangsaan Guar Perahu Indah serta peraturanperaturan lain yang dibuat untuk
mencapai matlamat Alumni
Sekolah Menengah Kebangsaan Guar Perahu Indah.
6.1.2 Menghadiri dan mengambil bahagian dalam aktiviti Alumni Alumni Sekolah
Menengah Kebangsaan Guar Perahu Indah
6.1.3 Menjelaskan yuran yang telah ditetapkan oleh Majlis Tertinggi.
6.2 Tertakluk kepada peruntukan-peruntukan dalam perlembagaan ini setiap ahli
berhak bersuara,memilih,dipilih dan dilantik untuk sebarang jawatan di dalam Alumni
Sekolah Menengah Kebangsaan Guar Perahu Indah.
6.3 Seseorang ahli hanya berhak mengundi atau menjadi calon untuk sesuatu
pemilihan atau perlantikan sekiranya beliau telah menjadi ahli dan menjelaskan semua
yurannya sama ada semasa atau tertunggak.
6.4 Mana-mana ahli yang digantung dan/atau tergantung keahlian Alumni Sekolah
Menengah Kebangsaan Guar Perahu Indah disebabkan pelanggaran peraturan dan
perlembagaan ini tidak berhak :
6.4.1 Menjadi calon bagi sesuatu perlantikan dan pemilihan untuk sebarang jawatan di
dalam Alumni Sekolah Menengah Kebangsaan Guar Perahu Indah.
6.4.2 Bersuara atau mengemukakan pendapat di dalam mana-mana Mesyuarat Agung
Alumni Sekolah Menengah Kebangsaan Guar Perahu Indah.
6.4.3 Memilih, mengundi dan dilantik untuk sebarang jawatan di dalam mana-mana
Mesyuarat Agung Alumni Sekolah Menengah Kebangsaan Guar Perahu Indah.
6.4.4 Menggunakan sebarang kemudahan serta keistimewaan yang diberi selaras
dengan hak-hak sebagai seorang ahli.
Comments
Post a Comment