Objektif Penubuhan Alumni ini diharap bukan sahaja sekadar dapat mengumpulkan bekas pelajar-pelajar SMKGPI , malah Alumni ini juga diharapkan agar dapat membantu sekolah untuk mencapai kemajuan dalam pelbagai bidang merangkumi aspek sosial , akademik mahupun kokurikulum . Berikut digariskan dan dinyatakan beberapa objektif utama penubuhan Alumni : 1. Mengumpul kepakaran dalam pelbagai aspek pelajaran daripada segenap lapisan bekas pelajar sebagai menjadi pemangkin memajukan kecemerlangan sekolah 2. Berfungsi untuk member bantuan kepada pihak sekolah dari segi sumber pengajaran , kemudahan dan apa-apa sahaja yang dilihat dapat membantu pihak sekolah dari semasa ke semasa dalam membantu membawa sekolah mencapai visi dan misi sekolah 3. Menjadi satu saluran dan medium untuk komuniti menyuarakan pendapat dan cadangan kepada pihak sekolah . Dengan ini aliran suara pendapat dapat disalurkan melalui saluran yang betul dan sistematik. 4. Membantu p...