Latar Belakang

1. Pendahuluan


Sebagai sebuah sekolah yang telah beroperasi sejak 2009 , Sekolah

Menengah Kebangsaan Guar Perahu Indah telah melahirkan produk bekas pelajar

yang cemerlang dalam pelbagai bidang . Golongan ini ada yang telah mendapat

tawaran  melanjutkan pelajaran ke Institusi Pengajian Tinggi yang terkemuka di

Malaysia dan ada juga yang telah bekerjaya . Melalui pelbagai pengalaman dalam

meneruskan hidup selepas bergelar pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)

yang sebenarnya amat berguna jika dikongsi kepada generasi muda di peringkat

sekolah . Bekas-bekas pelajar ini juga telah melalui pelbagai cabaran semasa

menempuhi pembelajaran di sekolah dan  jika dapat dikongsi bersama pelajar-

pelajar yang masih belajar di sekolah ini , tentunya dapat menjadi titik semangat

dan motivasi bagi pelajar lebih bersungguh-sungguh untuk berjaya pada masa akan

Apa  yang menjadi masalah disini ialah ketiadaan medium untuk golongan

bekas pelajar ini untuk berkongsi pengalaman mereka . Disinilah timbulnya idea

untuk menubuhkan satu persatuan bekas pelajar yang mampu menjadi medium

untuk menyalurkan segala pengalaman dan ilmu yang berguna kepada pelajar-

pelajar terutama dalam mengatur haluan selepas SPM.Persatuan ini adalah

persatuan yang paling releven untuk ditubuhkan bagi mengumpul kembali bekas-

bekas pelajar yang pernah menuntut ilmu di sekolah ini , dikumpulkan dalam satu

organisasi.

Idea penubuhan ini adalah dilakukan melalui atas talian dengan

menggunakan  laman sosial Facebook sebagai medium diskusi dan Google sebagai

medium berkongsi maklumat . Idea ini dicadangkan sejak akhir bulan November

2015. Perkara ini perlu diambil tindakan dengan kadar segera bagi memastikan

cadangan penubuhan ini tidak hanya terkubur sebagai diskusi mainan . Semoga

dengan kewujudan kertas kerja ini dapat membuka langkah  pertama dalam

penubuhan  ALUMNI SMKGPI.

PERSATUAN BEKAS PELAJAR ( ALUMNI ) SMKGPI

2. Objektif Penubuhan

Alumni ini diharap bukan sahaja sekadar dapat mengumpulkan

bekas pelajar-pelajar SMKGPI , malah Alumni ini juga diharapkan agar dapat

membantu sekolah untuk mencapai kemajuan dalam pelbagai bidang merangkumi

aspek sosial , akademik mahupun kokurikulum . Berikut digariskan dan dinyatakan

beberapa objektif utama penubuhan  Alumni :

1. Mengumpul kepakaran dalam pelbagai aspek pelajaran daripada segenap

lapisan bekas pelajar sebagai menjadi pemangkin memajukan

kecemerlangan sekolah

2. Berfungsi untuk member bantuan kepada pihak sekolah dari segi sumber

pengajaran , kemudahan dan apa-apa sahaja yang dilihat dapat membantu

pihak sekolah dari semasa ke semasa dalam membantu membawa sekolah

mencapai visi dan misi sekolah

3. Menjadi satu saluran dan medium untuk komuniti menyuarakan pendapat

dan cadangan kepada pihak sekolah . Dengan ini aliran suara pendapat dapat

disalurkan melalui saluran yang betul dan sistematik.

4. Membantu pihak sekolah dalam  merangka , merancang mahupun

melaksanakan aktiviti atau majlis yang dianjurkan oleh pihak sekolah

sekaligus dapat membantu pihak sekolah melacarkan perjalanan majlis

tersebut .

5. Berkongsi pengalaman dalam menempuh alam persekolah sehingga ke alam

pekerjaan .

6. Merangka program-program pembangunan akademik dan sahsiah untuk

membantu kecemerlangan sekolah dari segi akademik , kokurikulum

mahupun sahsiah dan disiplin

7. Sebagai tanda penghargaan dan ucapan terima kasih bekas-bekas pelajar

kepada pihak Sekolah kerana telah banyak membantu pelajar-pelajarnya

mencapai tahap pencapaiaan yang membanggakan.

Comments

Popular posts from this blog

Berita : PCPA berada pada Fasa 1