Berita : PCPA berada pada Fasa 1

BUKIT MERTAJAM  - Projek Cadangan Penubuhan Alumni ( PCPA ) merupakan satu projek yang dilaksanakan oleh bekas-bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK.) Guar Perahu Indah adalah satu inisiatif mengumpulkan kembali bekas-bekas pelajar yang pernah menutut ilmu di SMK.Guar Perahu Indah .

Projek ini adalah Inisiatif berkumpulan bagi mengumpul dan mengembalikan pelajar-pelajar yang telah keluar bagi kembali menyumbang bakti kepada pihak sekolah dalam mencapai visi dan misi sekolah yang telah lama diikrarkan

PCPA SMK Guar Perahu Indah mengambil modul Alumni-Alumni yang telah berjaya ditubuhkan di sekitar Pulau Pinang antaranya Alumni Al-Masriah , Modul-modul lain juga diambil dalam persediaan mewujudkan persatuan bekas pelajar ini . Antara modul yang diketengahkan dalam PCPA SMK Guar Perahu Indah ianya modul pinjaman dari Persatuan Bekas Pelajar MRSM atau lebih dikenali sebagai ANSARA Malaysia sebagai titik motivasi untuk menubuhkan persatuan alumni SMKGPI.

Setakat ini Januari 1 2016, pihak jawatan kuasa sementara PCPA telah mengerakkan satu proses fasa pertama iaitu Fasa Rancangan dan Cadangan . Fasa ini dimulakan dengan diskusi ringkas wakil-wakil Batch yang dilakukan secara tertutup di laman sesawang google hangout .

PCPA Fasa satu berjaya mengeluarkan satu cadangan Kertas Kerja yang boleh dirujuk di pautan ini.
Kertas kerja ini masih belum di kemas kini kerana masih dalam proses mengumpul ahli jawatan kuasa kecil dan Ahli jawatan kuasa induk PCPA .

Bekas pelajar yang masih belum mendaftar boleh mendaftar dengan menekan pautan DAFTAR diatas laman ini . Diharapkan juga Ahli yang mengetahui mengenai perkara ini dapat mewarwakan pekaran  ini . bagi meramaikan lagi ahli alumni ini


Gambar Hiasan



Comments

Popular posts from this blog

Latar Belakang